Bentuk Kamen Rider Double (watak)

Sebagaimana Kamen Rider sebelumnya, Double boleh bertukar ke pelbagai bentuk yang boleh dicapai melalui pemacu kilat USB milik Shotaro dan Philip dipanggil Gaia Memory (ガイアメモリ, Gaia Memori). Gaia Memory yang digunakan Double untuk mencapai kuasa yang berbeza bergantung kepada kombinasi jenis Gaia Memory yang digunakan. Apabila Shotaro dan Philip memasukkan Gaia Memory mereka pada tali pinggang Double Driver, kesedaran Philip memasuki tubuh Shotaro untuk menghasilkan Double. Ayat utama yang digunakan pada awal pertarungan ialah "Sekarang, hitunglah kesalahan kau!" (さあ、お前の罪を数えろ!, Sā, omae no tsumi o kazoero!), ayat yang asalnya sering digunakan oleh Sokichi Narumi.[1][2][3] Semasa bergabung sebagai Double, Shotaro biasa lebih banyak bercakap, walaupun kedua-duanya bercakap ayat pertarungan mereka serta apabila mengumumkan serangan Maximum Drive. Apabila Philip bercakap dengan dirinya semasa bertukar, mata kanan Double berkelip. Keupayaan fungsi Double bergantung kepada keadaan Shotaro dan Philip. Jika penyegerakan mereka diganggu, Double tidak akan berupaya untuk bergerak dengan betul. Jika bentuk Rider mereka menerima kesan serangan, kedua-duanya akan berasa sakit apabila bertukar ke bentuk asal dan Philip akan sering pengsan kerana perwakilannya yang lebih lemah.

Bentuk pertukaran Kamen Rider Double
JokerMetalTrigger
CycloneCycloneJoker[4]CycloneMetalCycloneTrigger
HeatHeatJokerHeatMetalHeatTrigger
LunaLunaJokerLunaMetalLunaTrigger

CycloneJoker

CycloneJoker (サイクロンジョーカー, Saikuron Jōkā) adalah bentuk pertama yang digunakan oleh Double, serta merupakan bentuk utama yang dikaitkan dengan siri Kamen Rider Double. Ia berwarna hijau dan hitam serta boleh dicapai melalui kombinasi ingatan Cyclone dan Joker. Dalam bentuk ini, tendangan Double ditenagai oleh angin, meningkatkan tahap kecederaan musuh serta menambah potensi memotong. Gerakan penamat bagi bentuk ini adalah tendangan padu maut yang dipanggil Joker Extreme (ジョーカーエクストリーム, Jōkā Ekustorīmu). Semasa serangan, puting beliung kecil mengangkat Double ke udara sebelum dia melancarkan tendangan padu mautnya; badan Double terbahagi dua di tengah semasa kedua-dua bahagian sampai ke sasaran. Satu variasi serangan ini melibatkan Double melompat pada roda belakang Kamen Rider Accel Bentuk Motosikal, membolehkan kadar pecutan ditingkatkan semasa mendarat.[1][2][3][5][6][7]

HeatMetal

HeatMetal (ヒートメタル, Hīto Metaru) adalah bentuk kedua yang digunakan oleh Double. Ia berwarna merah dan perak serta boleh dicapai melalui kombinasi ingatan Heat dan Metal. Dalam bentuk ini, kadar kerosakan oleh MetalShaft ditingkatkan oleh api. Taktik biasa yang digunakan ialah dengan berpaling ke belakang semasa bertukar, menggunakan MetalShaft di belakangnya untuk menyekat serangan musuh. Gerakan penamat ialah Metal Branding (メタルブランディング, Metaru Burandingu), menyebabkan kedua-dua hujung MetalShaft terbakar dan menghasilkan letupan terakhir kepada musuh.[1][2][3][5][8]

LunaTrigger

LunaTrigger (ルナトリガー, Runa Torigā) adalah bentuk yang asalnya muncul dalam siri televisyen. Ia berwarna kuning keemasan dan biru serta boleh dicapai melalui kombinasi ingatan Luna dan Trigger. Dalam bentuk ini, pistol TriggerMagnum boleh menembak panahan kilat berwarna kuning keemasan dan biru yang boleh melengkung dan mengejar musuh. Gerakan penamatnya ialah Trigger Full Burst (トリガーフルバースト, Torigā Furu Bāsuto), yang menembak musuh bertalu-talu.[9][10][11]

Half Change

Melalui penggunaan Double Driver, terdapat sejumlah sembilan kombinasi berbeza yang boleh digunakan yang menggabungkan keupayaan serangan di sebelah kiri dan jenis unsur di sebelah kanan. Melalui Half Change (ハーフチェンジ, Hāfu Chenji), Double boleh menggunakan mana-mana daripada enam bentuk sekunder.

HeatJoker

HeatJoker (ヒートジョーカー, Hīto Jōkā) adalah bentuk Half Change pertama Double, berwarna merah dan hitam serta dicapai melalui kombinasi ingatan Heat dan Joker. Melalui bentuk ini, Double boleh melayangkan tumbukan berapi hasil kuasa ingatan Heat.[1][2][3][5][12] Serangan penamat Maximum Drive bagi bentuk ini ialah Joker Grenade (ジョーカーグレネード, Jōkā Gurenēdo), di mana Kamen Rider Double terjun dari udara dan kemudiannya badan HeatJoker terpisah dua semasa setiap bahagian menumbuk sasaran dengan tumbukan berunsur api.

LunaJoker

LunaJoker (ルナジョーカー, Runa Jōkā) adalah bentuk Half Change oleh Double, berwarna keemasan dan hitam serta boleh dicapai melalui kombinasi ingatan Luna dan Joker. Dalam bentuk ini, Double mempunyai keupayaan untuk memanjangkan tangan kirinya hasil kuasa ingatan Luna.[13][14]

CycloneMetal

CycloneMetal (サイクロンメタル, Saikuron Metaru) adalah bentuk Half Change berwarna hijau dan perak yang boleh dicapai melalui kombinasi ingatan Cyclone dan Metal. Dalam bentuk ini, Double boleh memutarkan MetalShaft hasil kuasa ingatan Metal. Apabila dipusingkan, MetalShaft menghasilkan bilah angin hasil kuasa ingatan Cyclone. Serangan Maximum Drivenya ialah Metal Twister (メタルツイスター, Metaru Tsuisutā) di mana Double berpusing semasa menghayunkan Metal Shaft bersalut aura angin.[15]

LunaMetal

LunaMetal (ルナメタル, Runa Metaru) adalah bentuk Half Change berwarna keemasan dan perak hasil kombinasi ingatan Luna dan Metal. Dalam bentuk ini, Double boleh menggunakan MetalShaft hasil kuasa ingatan Metal, menggunakan kuasa ingatan Luna untuk menggunakannya sebagai cemeti.[16]

CycloneTrigger

CycloneTrigger (サイクロントリガー, Saikuron Torigā) adalah bentuk Half Change berwarna hijau dan biru serta boleh dicapai melalui kombinasi ingatan Cyclone dan Trigger. Dalam bentuk ini, Double boleh menggunakan pistol TriggerMagnum hasil kuasa ingatan Trigger serta boleh menembak udara termampat hasil kuasa ingatan Cyclone.[9][10][17]

HeatTrigger

HeatTrigger (ヒートトリガー, Hīto Torigā) adalah bentuk Half Change berwarna merah dan biru serta boleh dicapai melalui kombinasi ingatan Heat dan Trigger. Dalam bentuk ini, Double boleh menggunakan pistol TriggerMagnum hasil kuasa ingatan Trigger serta menembak keluar api hasil kuasa ingatan Heat.[9][10][18] Serangan Maximum Drivenya ialah Trigger Explosion (トリガーエクスプロージョン, Torigā Ekusupurōjon), yang menembak satu aliran api berterusan yang boleh menghancurleburkan musuh sepenuhnya.

FangJoker

FangJoker (ファングジョーカー, Fangu Jōkā) adalah bentuk berwarna hitam putih yang pertama kali digunakan semasa melarikan diri daripada pemburu Philip semasa peristiwa Begins Night sebagaimana dalam filem Kamen Rider × Kamen Rider Double & Decade: Movie Wars 2010. Memandangkan ingatan Fang direka khas untuk Philip, peranannya dan Shotaro sebagai Double disongsangkankan dalam FangJoker, dengan kesedaran Shotaro dipindahkan ke jasad Philip untuk pertukaran. Hasilnya, apabila Shotaro bercakap, mata kiri Double's berkelip. Walau bagaimanapun, bentuk ini sangat membebankan badan Philip memandangkan dia cenderung hilang kawalan terhadap dirinya dalam bentuk ini semasa dua penggunaan yang terawal. Tambahan pula, bentuk FangJoker tidak kekal lama disebabkan tubuh Philip yang lebih lemah.

Dalam bentuk ini, Double menggunakan senjata lontaran dengan nama berbeza bergantung kepada di mana ia terletak di sebelah bahagian Fang selepas menekan Tactical Horn (タクティカルホーン, Takutikaru Hōn) pada ingatan Fang beberapa kali. Sekali tekan mengaktifkan Arm Fang Mode (アームファングモード, Āmu Fangu Mōdo) dan menyeru Arm Saber (アームセイバー, Āmu Seibā), bilah yang terletak ti bahagian lengan yang digunakan dalam pertempuran jarak dekat. Dua kali tekan mengaktifkan Shoulder Fang Mode (ショルダーファングモード, Shorudā Fangu Mōdo) dan menyeru Shoulder Saber (ショルダーセイバー, Shorudā Seibā) yang digunakan sebagai boomerang atau pedang. Selepas menekan tiga kali berturut-turut, serangan Maximum Drive FangJoker diaktifkan iaitu, menghasilkan Maximum Saber (マキシマムセイバー, Makishimamu Seibā) pada kaki kiri FangJoker. Serangan Maximum Drivenya ialah satu tendangan padu maut yang dikenali sebagai Fang Streiser (ファングストライザー, Fangu Sutoraizā), di mana bahagian lontaran kepala Fang Memory "menggigit" musuh apabila Double datang.[19]

CycloneJoker Xtreme

CycloneJoker Xtreme (サイクロンジョーカーエクストリーム, Saikuron Jōkā Ekusutorīmu) adalah bentuk CycloneJoker yang berevolusi hasil capaian melalui Xtreme Memory, memautkannya terus ke pengetahuan Gaia Memory tulen yang tidak terhingga melalui jalur berwarna-warni yang merentasi bahagian tengah badan Kamen Rider Double, dikenali sebagai Crystal Server (クリスタルサーバー, Kurisutaru Sābā). Ia juga mewakili penyatuan sempurna antara Shotaro dan Philip. Semasa bertukar, bahagian tengah Double mula membara setelah Xtreme Memory menyerap kedua-dua Cyclone Memory dan Joker Memory serta melekap pada Double Driver. Xtreme Memory seterusnya terbuka dan mendedahkan huruf X berputar setelah Double menyiat bahagian tengah yang mendedahkan bahagian tengah berwarna prisma. Tidak sepertu bentuk Double yang lain, di mana Shotaro atau Philip menjadi jasad induk bagi bentuk Rider mereka, Xtreme Memory menyerap tubuh Philip dan seterusnya menyatukannya dengan tubuh Shotaro dalam bentuk Rider ini menjadi satu jasad, satu roh dan satu minda. Oleh itu, apabila Philp atau Shotaro bercakap, mata pada bahagian masing-masing akan berkelip; mereka juga akan muncul bersama-sama setelah penjelmaan dileraikan. Serangan Maximum Drive CycloneJoker Xtreme ialah Double Xtreme (ダブルエクストリーム, Daburu Ekusutorīmu) Rider Kick. Dalam bentuk ini, Double mengeluarkan Prism Bicker yang mempunyai Maximum Drive sendiri bagi setiap Gaia Memory yang dipasang.[20][21][22] Tidak seperti bentuk Double yang lain, motif CycloneJoker Xtreme turut menggunakan huruf X.[23]

Rujukan

WikiPedia: Kamen Rider Double (watak) http://www.honda.co.jp/customer/tips/kamen-rider/w... http://www.tv-asahi.co.jp/double/rider/cyclonemeta... http://www.tv-asahi.co.jp/double/rider/cyclonetrig... http://www.tv-asahi.co.jp/double/rider/double.html http://www.tv-asahi.co.jp/double/rider/doubledraiv... http://www.tv-asahi.co.jp/double/rider/doublemask.... http://www.tv-asahi.co.jp/double/rider/fangjoker.h... http://www.tv-asahi.co.jp/double/rider/fangmemory.... http://www.tv-asahi.co.jp/double/rider/gaiamemory.... http://www.tv-asahi.co.jp/double/rider/hardboilder...